Harlina (bukan nama sebenar),cuba mencari dimana silap dia sehinggakan suami dan adik beradiknya bermusuhan dalam diam.Kalau ditegur si suami nampak tak kene pulak sedangkan suaminya yang terima layanan sangat biadap.Nak marahkan si adik dikatakan pulak kakak tak sayang adik.Selalunya Harlina hanya diam menjeruk rasa,bertengkar dengan suami supaya sentiasa beralah dengan adik-adiknya seperti selalu Harlina lakukan,mana suaminya mahu sedangkan si adik tak pernh langsung tunjukkan rasa hormat pada dirinya sedikitpun.Sudah lama benar rasanya dia besabar...hendak diadukan kepada emak dan abah Harlina tahu tak mungkin kerana dia dan suami tetap dipersalahkan.
Baru-baru ini mereka bertengkar lagi,si suami dengan si adik yang kecil hanya gara-gara palstik roti tinggal atas meja bukan dengan sengaja...dengan suara yang agak keras si adik menegur abang ipar yang memang sedari tadi masih marah...dek kerana terlalu marah si suami lepaskan penumbuk ke dinding,mujur x dilepaskan ke muka si adik yang baru lepas cari pasal.Niat si suami hanya ingin melepaskan amarah supaya tidak berbekas di hati,tak mahu berlarutan tapi telah disalaherti oleh si adik,Harlina disitu turut menegur sikap si adik yang selama ini di diamkan namun si adik langsung tidak mahu terima kesilapannya.
Harlina bagai boleh agak apa akan terjadi selepas itu,dan sangkaannya betul...keesokan adik beradik tidak lagi bertegur sapa,mak dan abah bersikap seolah-olah Harlina dan suami sangat bersalah kerana insiden tumbuk dinding dikatakan hajat suami Harlina untuk memukul si adik.Sekali lagi Harlina bertengkar dengan suaminya,betengkar besar gara-gara sikap keluarganya yang tidak lagi mengendahkan mereka.Si usami sangat berang kerana Harlina hanya pentingkan hati dan persaan keluarganya sedangkan hati si suami telah lama terabai.Hatinya betul-sakit...isteri tercinta mengabaikan hatinya sebagai suami,sedangkan Harlina tidak berniat begitu.Dia cuma ingin sedikit bahagia,sedikit ruang kasih sayang,dia mahu keluarganya menrima suaminya seadanya bukan mengikut citrasa keluarga...kerana yang akan hidup bersama suami itu adalah Harlina sendiri.
Tapi itu tak terjadi....Petang itu Si suami keluar dengan perasaan amat marah,tanpa menoleh si isteri,Harlina terpempan kerana selama ini si suami tak pernah buat begitu,paling tidak pun si suami akan bertindak mengurung diri dalam bilik,atau mereka keluar bersama.Harlina bungkam...dia cuba pujuk hati,barangkali si suami hanya keluar tenangkan hati dan bila dah tenang dia akan pulang padanya semula,tapi hatinya sendiri tak keruan.Harlina cuma mampu beristighfar dlm hati untuk kurangkan kerisauan.
Dalam kegusaran Harlina dikejutkan dengan panggilan telefon...."ya...Zamarul suami saya...dimana...saya...."sampai disitu sahaja ungkapan Harlina,telefon bimbit terlepas dari genggaman...terasa bagai di awangan,Harlina tak mampu berdiri namun di gagahi....Harlina keluar mencai mak abah da adik-adik.
"suami akak dah tiada lagi...."mak,abah dn adik-adik hanya sempat menyambut tubuhnya yang semakin longlai,dadanya sesak,nafasnya tersangkut.Harlina menatap satu persatu wajah adik-adik,mak dan abah."maafkan akak dan abg zam....kami banyak berdosa...."Suasana jadi hiba..."akak....mengucap...abah...."perlahan-lahan suara mereka tenggelam bersama esak tangis mak dan adik-adik.
Ketika sisuami masih ada selalu dia berkata".. kalau abg pergi ab akan bawak Har sekali....Abg tak mahu Har sendirian"..."sapa nak ikut abang..Har nak sehidup jer dn abg...semati x mau...."disulam gelak tawa gurauan Harlina dan Zamarul.Dan hari ini,Zamarul benar-benar bawa Harlina bersamanya kerana di benar-benar kasih akan isterinya begitu juga Harlina kerana itu dia mengikut suaminya.
Oleh;Syah@zrin
Tuesday, October 26, 2010
Friday, October 15, 2010
Hari-hariku terus berlalu...
15/10/10 _7.30am
Hari ni hari jumaat,awal pagi aku dah ader kat ofis...x buat aper,layan blog yg baru nak bernyawa...x tahu nak isi aper lagi...rakam sket aper yg terbuku pagi ni...
Selalunyer aku yang akan hantar en.suami ke tempat kerja,tp biler ader request nak hantar...i loike...sekurang2nyer x penat...hari2 drive memang memenatkan tapi nak buat macamaner kami share transport...save minyak.Nasib baik ofis aku ni beroperasi lebih awal,almaklumlah courier services...linehaul turun pagi subuh.
Turun dari kereta macam biasa,salam & berciuman...hadiah di pagi hari,semangat untuk aku...actually dah lamer x praktikkan...terukkan,anak baru satu...kahwin baru masuk 4 tahun...tp boleh lupe rutin yg kami lakukan dari seawal perhubungan yg terjalin...sgt bahayer...tu lah org kater,org pompuan biler ader anak...anak dulu dari suami...aku salah sorang.
Nasib baik sedar awal...tu pun setelah en.suami dah muler pandai merajuk,cemburu pada buah hati kami_ahmad danish iman_lawak...ngan anak pun leh cemburu.Tapi kalau dapat isteri macam aku mmg lah...hati batu,kepala batu...dier lar kater...admit,mmg aku degil betul tambah lak kalu bukan salah aku...sah-sah kene sound balik...aku kesah aper...mak aku selalu kater berdosa "sound" laki...tp anak dier ni sgt suker melawan,bukan aper...kadang2 dengar cerita suami dera isteri aku jd terlalu berhati2...x ader ruang sikit pun aku bagi untuk org lelaki guna kuasa melampau pada org pompuan lebih2 lagi pada isteri...
Alhamdulillah...buat masa ni en.suami sangat bertoleransi dgn aku...bukan sebab duduk dgn mak..before ni kami pernah tinggal sendiri alhamdulillah...so far kalau bertekak pun x pernah lah sampai sepak terajang,gadoh...biaserlaa...lidah lagikan tergigit.Lebih pun member buat muka...paling kuat "pulaukan"aku...haaa...bab pulaukan yag sedih tu...nak pujuk ego besar...x pujuk tido sorang...huhu...dulu laa...skang,semakin hari semakin panjang usia perkahwinan,kami pun bukan makin muda...org tua2 kata belajar dari kesilapan...kami terus perbaiki...dan pada kami mmg kami perbaiki...tapi belum memadai...hmmm...semua org lakukan kesilapan kan...
Yang penting kami berusaha...sungguhpun macam tu masih ader yang x mahu suka,x pernah suka...dan x akan suka....wallahua'lam...
Coretan :Syah@zrin
Yang penting kami berusaha...sungguhpun macam tu masih ader yang x mahu suka,x pernah suka...dan x akan suka....wallahua'lam...
Coretan :Syah@zrin
Subscribe to:
Posts (Atom)