Ala Kampong



1) Masak Lemak Cili Api Kulit Lembu (Jangek)

Bahan-bahan :-

Kulit lembu (yang da siap diproses) di rebus
Bawang putih tumbuk lumat
Cili padi (kalau suka pedas,lebih pun x per) tumbuk lumat
Kunyit hidup tumbuk lumat
Ikan bilis tumbuk lumat
Santan kotak
Serai (di titik)
Asam keping

Cara-cara :-

* campurkan semua bahan yang dah ditumbuk lumat sekali dgn serai ,masukkan santan kotak
* camppurkan air mengikut sukatan 
* masak dgn api sederhana hingga mendidih,masukkan asam keping dan garam
* kemudian masukkan kulit lembu dah siap mendidih...
* hidang panas2

(nota kaki : boleh juga dicampur dgn pucuk paku)



2) Asam Pedas Ikan Tenggiri (feveret)

Bahan-bahan :-

3 keping ikan tenggiri (ikan lain pun ok...)
4 biji bawang merah ditumbuk
2 ulas bawang putih ditumbuk
kunyit hidup ditumbuk
serai dititik
belacan ditumbuk
air asam jawa
1 paket cili giling
bendi / terung
tomato
daun kesum / bunga kantan / daun limau purut


Cara-cara :-
* tumis semua bahan yang di tumbuk sehingga wangi
* masukkan cili giling hingga naik minyak
* masukkan air asam jawa sehingga mendidih
* masukkan air kemudian daun kesum / bunga kantan / daun limau purut
* mendidih masukkan ikan dan sayur,garam dan serbuk perasa.



3) Sambal Taun Kulit Lembu

Bahan-bahan :-

Kulit lembu yang siap di proses (rebus hingga empuk)
Bawang putih 
Cili Padi 
Belacan 
Ikan bilis
(kesmua diatas ditumbuk lumat)
Serai (dititik)
Santan
Asam keping

Cara - cara :-

* tumis semua bahan yang dah ditumbuk lumat tadi hingga naik bau,masukkan seri yang dah dititik (boleh juga       guna lengkuas)
* masukkan kulit lembu
* masukkan santan,biar mendidih
* masukkan asam keping
* masukkkan serbuk perasa.

hidang bersama ulam daun ubi atau meranti celur,cubalah....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...